Apa itu mahkota dewa?

Mahkota dewa berasal dari Kepulauan Papua, tumbuhan asli Indonesia yang dibawa masuk ke dalam budaya hidup masyarakat istana atau keraton. Pada masa lampau hanya masyarakat Indonesia sahaja yang mengetahui khasiat mahkota dewa. 

Menurut sumber lisan dan bertulis, masyarakat istana di Indonesia menggunakan mahkota dewa bagi tujuan merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit jantung, ketumbuhan, kencing manis, hepatitis, darah tinggi dan penyakit kulit. Malah perajurit zaman silam digalakkan memakan buah mahkota dewa sebelum ke medan perang agar lebih sihat dan kuat.